Friday 13 May 2011

Ke Arah Masyarakat Celik Wang .

Marcapada, masalah ketandusan wang ketika menghampiri saat-saat persaraan di negara kita menjadi topik yang hangat diperdebatkan di media massa. Hal ini kerana, segelintir masyarakat Malaysia tidak menggunakan wang dengan bijak. Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) terdapat tiga sebab utama masyarakat Malaysia menghadapi masalah dalam penyelesaian hutang iaitu hilang kawalan terhadap penggunaan kad kredit,perancangan kewangan yang lemah dan perbelanjaan perubatan yang tinggi. Daripada 50361 yang menyertai program pengurusan hutang sebanyak 74.3% menghadapi masalah untuk menyelesaikan hutang rumah, kereta atau kad kredit.Menurut Bank Negara Malaysia, diperingkat makro, jumlah hutang isi rumah disebabkan oleh pinjaman-pinjaman berjumlah RM560.1 billion pada 31 Ogos 2010 iaitu yang tertinggi dlam sejarah. Persoalannya apakah cara untuk kearah masyarakat celik wang?




Antara cara untuk kearah masyarakat celik wang ialah membuat persiapan awal untuk persaraan. Apabila mengambil kira pelbagai faktor kenaikan harga, cukai dan sebanyak mana seorang biasa membelanjakan wang mereka, maka hanya sebahagian kecil sahaja wang yang ada untuk dibelanja apabila bersara. Mengikut kaji selidik yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2010, secara purata tahap celik wang masyarakat Malaysia yang menghampiri umur persaraan adalah jauh lebih rendah, manakala sikap terhadap pengurusan kewangan juga didapati kurang memberangsangkan berbanding dengan statistik bagi masyarakat Malaysia daripada umur lain.
Kita hendaklah bersusah payah terlebih dahulu untuk mengumpul wang sebelum kita menghampiri umur persaraan. Cendiakawan berkata berakit-rakit ke ulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Lebih awal kita menyimpan duit, lebih banyak wang kita akan bertambah. Orang tua-tua pernah berkata sedikit-sedikit lama- lama jadi bukit. Jadilah wang simpanan untuk persaraan sebagai keutamaan dan tetapkan matlamat bagi perancangan persaraan untuk diri kita sendiri.

Selain itu, belanjawan apabila persaraan sesetengah perbelanjaan semasa persaraan mungkin lebih kurang daripada perbelanjaan sekarang. Cukai-cukai yang perlu dibayar seharusnya telah berkurangan pada umumnya, pinjaman dan gadai janji telah dilangsaikan supaya bayaran pinjaman rumah berkurangan. Perbelanjaan berkaitan pekerjaan seperti pengangkutan, pakaian dan sebagainya juga telah berkurang. Bayaran bil utiliti, makanan, hadiah, sumbangan, kerata dan insurans harta benda akan meningkat selaras dengan sebarabg kenaikan yang berlaku.
Jadi kita seharusnya pandai berjimat cermat untuk menghadapi hari yang bakal mendatang. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Perbelanjaan kesihatan dan insurans kesihatan akan meningkat. Kos untuk membuat perjalanan, bercuti dan berhibur akan meningkat kerana masa lapang yang banyak apabila bersara. Hal ini akan memerlukan wang yang banyak. Jadi jika kita tidak menyimpan dari sekarang, kita tidak akan berpeluang untuk pergi melancong untuk mengisi masa lapang kita yang berpanjangan itu.

Seterusnya, menggelak daripada meminjamkan wang kepada sesiapa sahaja. Kita seharusnya tidak perlu mudah meminjamkan wang kepada rakan ataupun ahli keluarga kita. Kita boleh mengatakan bahawa penasihat kewangan kita tidak membenarkan kita meminjamkan wang kepada sesiapa sahaja mahupun ahli keluarga kita sendiri. Hal ini bagi menggelakkan daripada peminjam tidak membayar wang kita pada masa yang dijanjikan ataupun tidak membayar terus hutang tersebut.
Jadi kita seharusnya menganggarkan berapa jumlah wang yang boleh kita keluarkan untuk perbelanjaan harian kita. Ini merupakan perkara penting dalam perancangan kewangan persaraan kita. Pengurusan wang yang bijak akan menjamin masa depan yang indah. Amalan tidak mudah meminjamkan wang adalah adat yang tidak berubah daripada zaman nenek moyang kita lagi. Cendiakawan berkata tak lupuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Intihanya, untuk mempunyai wang yang cukup pada saat-saat persaraan kita hendaklah bijak menguruskan wang. Wang yang banyak, akan membuatkan hidup kita bahagia. jadi sebagai rakyat yang bijak kita seharusnya bijak menguruskan perbelanjaan dari sekarang lagi supaya kita tidak akan ketandusan wang pada saat-saat persaraan.

Thursday 7 April 2011

AJK PERTANDINGAN BLOG PENGGUNA

Pengerusi : Pn Hjh Mazenah bt Mohamed
Timbalan Pengerusi : En Nazri b Muhammad
Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Zakiah Zairani bt Mat Zin
Naib Pengerusi 2 : Tn Hj Mohd Amin b Hj Hassan
Naib Pengerusi 3 : En Mohd Sukri b Abu Bakar
Naib Pengerusi 4 : En Abdul Halim b Omar
Setiausaha : Puan Rozida bt Abdul Kadir
Ahli : Pn. Norizan bt Hashim (GK Bahasa)
        : En Wan Kamarudin b Hussin (Guru ICT)

SELAMAT DATANG !!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia



Selamat datang ke laman blog saya..

Saya berharap anda akan mendapat manfaat dan kebaikan apabila membaca coretan saya..


Terima kasih kerana mengunjungi laman saya..

Saya berharap anda semua tidak akan jemu untuk membaca coretan saya.. Jangan lupa untuk membacanya lagi ye..

Sekian terima kasih..



8 April 2011